ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR

Alat Kemahiran Berfikir Pilihan Saya :

Pemetaan I-Think   πŸ™Œ

8 bentuk peta pemikiran (i-Think)
*Klik imej untuk melihat resolusi gambar yang lebih jelas*
Mengapakah Peta Pemikiran i-Think? 80% daripada maklumat yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual. 40% daripada saraf gentian dalam badan yang disambung ke bahagian otak adalah dihubungkan dengan retina. 36,000 mesej dalam bentuk visual dapat diterima oleh mata dalam masa satu jam. Sehubungan itu, peta pemikiran adalah sesuai digunakan bagi penerimaan maklumat dengan sewajarnya. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta memikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.

Salah satu usaha membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid adalah aspek kesediaan dan kebolehan mereka. Murid-murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan rangsangan untuk berfikir. Penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran dalam PdP dapat menggalakan murid untuk berfikir dan membuat penaakulan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Melalui soal selidik, penggunaan peta pemikiran (i-Think) dapat menghasilkan nota yang ringkas, padat dan menarik, senang diingat, mudah dibaca dan dirujuk. Semasa membuat nota dalam bentuk peta pemikiran, murid perlu berfikir dan mencari maklumat dari pelbagai sumber. Murid perlu mengenal pasti jenis bentuk peta pemikiran yang akan digunakan.

Seterusnya, mereka mampu mengembangkan idea yang tercatat dalam peta pemikiran itu. Langkah-langkah tersebut dapat mengembangkan kemahiran berfikir mereka. Sekiranya peta pemikiran i-Think sering digunakan secara tidak langsung akan membantu membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.  Hal ini bersesuaian dengan transformasi bidang pendidikan masa kini. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, kemahiran berfikir menjadi salah satu komponen penting dalam aspirasi murid. Guru memainkan peranan utama menjana kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Sewajarnya pelajar Institut Pendidikan Guru dapat membantu merealisasikan hasrat PPPM. Pendedahan kepada alat peta pemikiran i-Think semasa di IPG diharap dapat menghasilkan barisan guru-guru yang dinamik selaras dengan pendidikan abad ke 21.


JOM KENAL PETA I-THINK !!

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Pernah Berkata “mungkin” ☝